PENGAJIAN BAHASA ARAB SIDDIQIY
"Selangkah Memahami al-Quran dan al-Hadis"
SEJAK 2009
MuqaddimahBahasa Arab merupakan satu bahasa yang sangat indah, puitis, bersistematik dan sangat mudah dipelajari. Dengan Bahasa Arablah diturunkan al-Quran yang menjadi perlembagaan kepada orang-orang Islam. Begitu juga junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan kepada umat manusia adalah berbangsa Arab. Manakala sumber rujukan daripada kitab-kitab ulama' yang terdahulu banyak ditulis dalam Bahasa Arab.
Justeru, Kursus Pengajian Bahasa Arab diperkenalkan dengan tujuan untuk menyebarkan Bahasa Al-Quran kepada masyarakat umum. Ianya juga bertujuan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai Bahasa Arab di dalam memahami teks al-Quran dan al-Hadis, berkomunikasi sama ada melalui pertuturan mahupun penulisan. Kursus ini diyakini akan mencapai matlamatnya kerana pendekatan yang digunakan terbukti praktikal dan amat mudah difahami. Pengendalian kursus di dalam kumpulan yang kecil menjanjikan kejayaan bagi semua peserta kursus. Objektif
|
|